ANDA belum pernah ke Bintulu?  Atau akan ke Bintulu tidak lama lagi kerana urusan kerja atau di terima masuk ke UPM cawangan Bintulu.Hari ini saya akan menulis tentang bandar Bintulu dari sudut pengetahuan saya.

Bintulu, sebuah bandar yang terletak antara Miri dan Sibu.  Jika anda dari Semenanjung Malaysia tak perlu risau kerana kapalterbang anda akan membawa anda terus kesini mungkin setelah transit di Kuching.  Jika anda memilih perjalanan darat dari Kuching, anda boleh memandu sendiri tetapi akan memakan masa melebihi 7-9 jam.  Anda juga boleh memilih menggunakan bas awam tetapi anda terpaksa pergi ke terminal bas Kuching dan adalah dinasihatkan menempah tiket lebih awal terutamanya bila tiba musim cuti sekolah atau musim perayaan di Sarawak termasuklah Perayaan Gawai Dayak yang mana harga tiket  mungkin melambung naik atau habis di tempah.
Jika anda tiba di lapangan terbang Bintulu, jangan risau.Naik sahaja teksi yang melambak menunggu di luar lapangan terbang.  Terus nyatakan destinasi anda atau hotel yang anda telah tempah.Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar cuma memakan masa 15-20 minit.  Tambang teksi mungkin RM45-50 untuk ke pusat bandar tetapi lebih mahal jika anda ingin pergi ke Tanjung Kidurong yang menjadi tulang belakang ekonomi Bintulu.

Apa yang menarik tentang bandar Bintulu?  Bintulu terkenal dengan keluaran belacan yang tersendiri dan kini harga belacan Bintulu telah melambung tinggi kerana populariti dan kualiti belacannya.  Kalau dulu harga belacannya hanya RM30.00 sekilo tetapi kini ada yang mencecah RM50-RM60 sekilo.  Saya akan bercerita tentang belacan Bintulu di artikel yang lain.  Hari ini saya cuma akan bercerita tentang  Bandar Bintulu secara amnya.

Seperti yang saya katakan awal tadi tulang belakang ekonomi Bintulu terletak di Tanjung Kidurong.  Disinilah letaknya MLNG(logi pemproses gas asli), Pelabuhan Bintulu (antara pelabuhan yang sibuk di Asean,dan ABF(tempat memproses baja urea).  Oleh kerana jalan menuju ke Tanjung Kidurong cuma satu dan jalan itu jugalah digunakan untuk ke Bandar Miri melalui pesisir pantai maka waktu puncaknya betul-betul sibuk terutama jika berlaku hujan, anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan kerana kemalangan sering berlaku ketika jalan licin.

UPM(Universiti Putra Malaysia) juga terletak di tempat yang strategik di bandar Bintulu.  Walaupun di kelilingi hutan namun UPM masih terletak dipusat bandar baru BIntulu.  Begitu juga dengan Taman Tumbina dan taman rekreasi di pantai Tanjung Batu.  Semuanya amat hampir dengan terminal bas dan kawasan membeli belah di Bintulu.  Jangan risau tentang tempat tinggal, Disini terdapat banyak hotel, kondominium dan inn di merata tempat.

Makanan?  Terdapat banyak kedai makan Muslim di sini malah Bintulu juga mempunyai pasar malam yang menjual perbagai  juadah dan sayur-sayuran .  Shopping komplek mungkin tidaklah besar tetapi saya rasa anda bukan datang ke Bintulu untuk tujuan tersebutkan?.  Disini ramai penduduk dari Semenanjung Malaysia yang kebanyakannya bekerja di Tanjung Kidurong.
Rasanya terlalu panjang celoteh saya tentang Bintulu dan biarlah anda berehat dahulu sebelum membaca tentang belacan Bintulu yang terkenal tu.


About these ads