Anda mungkin menggunakan telefon bimbit hanya untuk kegunaan komunikasi sahaja.  Tahukah anda telefon bimbit mempunyai kegunaan lain yang amat penting? Berikut ialah 4 kegunaan penting telefon bimbit anda.

1) NOMBOR KECEMASAN – 112

Nombor 112 adalah nombor kecemasan yang boleh anda dial jika berlaku kecemasan walaupun anda sedang berada di kawasan tiada liputan.

Ianya boleh digunakan untuk semua talian telefon bimbit.  Ia boleh digunakan walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI

Jika kereta anda menggunakan sistem penggera(alarm)anda tidak perlu risau  jika kunci kereta tertinggal dalam kereta dan pintu kereta pula terkunci.

Hubungi seseorang di rumah dan minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.  Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (lebih kurang satu kaki) dari kereta yang terkunci tadi.

Minta orang yang anda telefon tadi menekan punat “ON” pada kunci pendua  kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Ianya boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah lemah atau mati ketika kecemasan.

Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ‘*3370#’ .Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula kuasa bateri sebanyak 50% akan ditambah.  Selain dari itu, kuasa tambahan ini juga akan dicas semula apabila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bila telefon bimbit anda di curi, jadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda. Dial *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.