Latest Entries »

Pertama kali anak ku kena chicken  pox, aku amat risau, namun anak ku yang kena relax je.  Mula-mula tu dia demam dan terasa seperti ada sesuatu seperti jerawat tumbuh kat badan dia.  Gatal katanya.

Oleh kerana aku risaukan penyakit H1N1 aku bawa dia ke klinik.  Doktor sahkan kena chicken pox.  So cuti seminggu lebih.  Bermulalah tubuh badan anakku di penuhi chicken pox.  Nasib baiklah si bongsu yang kena.  Dia ni seorang yang sangat tabah dan pandai mengurus diri selain tidak banyak kerenah ketika demam.  So, aku cuma terangkan berapa kali makan ubat dan  perkara asas yang lain, lepas tu dia pandai uruskan sendiri.  Aku cuma perlu tolong sapu ubat kat badan dia selepas mandi dan nasihatkan dia tak boleh garu.

Selain dari tu, aku tak nak bagi dia minum air kelapa takut jadi seperti uncle dia, teruk betul bila seluruh tubuh badannya keluar chicken pox.  Ubat antibiotik dan demam dari doktor selain ubat sapu dan tahan gatal sudah cukup dan tak perlulah lagi dengan ubat-ubat kampung yang aku sendiri tak boleh nak sediakan.

Cuma aku pantangkan telur dan makanan seperti udang dan belacan serta kicap.  Saje ikut petua orang tua. Anak aku pun tak kisah sebab berpantang makan makanan kegemarannya tu buat sementara.  Akhirnya tak sampai seminggu dengan izin Allah anakku pun ok dan seronok sebab dapat ke sekolah semula.  Nasib baik, kat wajah cutenya tak banyak so rakan-rakan tak perasan yang dia baru kena chicken pox.

Buat anda tak payah risau bila anak anda terkena chicken pox, yang penting jangan suruh dia ke tempat umum untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama.

Gara-gara nak makan cendol di kantin sekolah, dua anakku yang belajar di sekolah rendah, keracunan makanan.  Mula-mula si adik yang termuntah dan sempat pulak ke klinik walaupun agak lewat.  Hampir tengah malamnya pulak si kakak yang termuntah dan bermulalah episod tidak lena tidur kami sekeluarga bila asyik bangun keluar masuk tandas.

Pagi tadi kami biarkan keduanya tidur dan berehat.  Ketika menghantar surat sakit di pejabat sekolah, rupa-rupanya ramai pelajar yang termuntah semasa sesi kelas kafa.  Ketika keduanya ku suruh bangun dan bersarapan pagi tadi, muka mereka nampak pucat dan si kakaknya nampak begitu tidak bermaya dengan panas badannya agak tinggi.

Aku terus mengambil keputusan untuk membawa mereka ke klinik dan sepanjang perjalanan setengah jam tersebut aku asyik berhenti di tepi jalan bagi membolehkan anakku yang bongsu muntah.  At last aku sampai jugak ke tempat yang di tuju dan setelah berpusing-pusing mencari parkir, akhirnya aku dapat jugak tempat letak kereta yang agak jauh dari klinik tersebut.

Kesihannya melihat anakku yang sorang tu hampir nak tumbang bila terpaksa berjalan ke klinik tersebut.  Sampai saje ke klinik, dia terus berlari ke tandas dan mengeluarkan segala yang ada dalam perutnya yang memulas sejak awal lagi.

Selalunya klinik ni memang penuh dengan pesakit, namun hari ni tak ramai pulak.  Rupa-rupanya suami aku dah menunggu kami sebaik aku memaklumkan tentang keadaan kedua anakku melalui telefon.  Nampak gayanya suamiku terpaksa memohon cuti hari ni.

Ketika aku online ni, semua mereka keletihan dan sedang lena tidur termasuk si suamiku yang memohon cuti tadi.

cendol

bahan-bahan: (6-7 orang)

  • 2 cawan tepung beras

  • 6 cawan air/ air pandan

  • 3 sudu kecil air kapur

  • sedikit garam

  • perasa pandan & pewarna hijau – bg yg tiada air pandan

cara-cara:

1. Campurkan keseluruhan bahan2 dan kacau sebati

2. Masak di atas dapur dengan api perlahan dan sentiasa di kacau

3. Sementara menunggu adunan memekat, sediakan tempat dan peralatan untuk menekan adunan menjadi bentuk2 seperti cendol. Acuan berlubang di atas dan bekas berisi air sejuk di bawahnya

4. Rupa adunan yang telah sedia untuk ditekan adalah seperti ini

5. Ambil beberapa senduk dan mulalah menekan pada acuan berlubang tadi

6. Inilah rupa cendol yang terhasil. Hehe..cendol ana ni debab2 sikit rupanya.. :D

7. Setelah siap, sebaiknya dibungkus dalam plastik bersama dengan airnya sekali dan disejukkan dalam peti ais sementara menunggu waktu nak makan. Tapi kalau nak makan terus pun buleh cuma bimbang tak berapa pejal lagi..

Allah sedang bicara denganmu;

tika kau lemas tenggelam dalam dunia,

Dia datang seribu bicara,

memberi setiup nafas,

agar ruhmu kembali bernyawa,

Allah sedang bicara denganmu;

saat kau memberontak akan bicaraNya,

memori sang Yunus berulang semula,

saat Nun menakluk jasad dan nyawa,

benih istighfar merungkai jiwa,

Allah sedang bicara denganmu;

tika kau ketemu jalan buntu,

tika akal dan hatimu celaru,

meredah dunia yg kau tidak tahu,

akan jalannya yg mana satu,

Allah sedang bicara denganmu,

walau kau benci dengan bicara itu,

terkadang pahit dan tajam untuk dirimu,

lalu kau pesongkan jalanmu,

sedang Dia tetap mengejarmu,

Allah TETAP Berbicara Denganmu,

Bicara ayat2 nya meruntun jiwa…

”dekatlah selangkah padaKu,nescaya 1000 langkah Kuberlari padamu”

”berdoalah padaKu nescaya akan Kukabulkan permintaanmu”

”mohonlah ampun padaKu,asal tiada sekutu,datangmu segunung dosa selautan taubat Kuhampar padamu”

”ceritalah padaKu,rataplah padaKu…”

dengan Dia esok masih ada,

wahai aku,sambutlah kalam bicara itu….



Cuma sehari selepas pilihanraya di DUN Tenang, harga RON97 naik lagi 10 sen  menjadi RM 2.50 seliter (sebelum ini RM 2.40 seliter).

Jika dulu ramai yang lebih memilih RON97, namun aku rasa lepas ni tentu ramai yang terpaksa menggunakan RON95 apa lagi harga minyak semakin meningkat ekoran krisis di Mesir.

Nasib baik cuma  harga RON97 yang naik.  Kalau RON95 naik, alamat negara kita pun nak jadi Mesir jugak!