Rasanya belum  lama  sistem pendidikan negara kita menggunakan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains.  Setelah beberapa tahun akhirnya mereka lebih mahir menggunakan Bahasa Inggeris dalam subjek tersebut.

Namun baru-baru ini anak saya mendapat keputusan yang teruk dalam matematik dek kerana soalan diberikan dalam Bahasa Melayu. Adalah lebih baik jika mereka di ajar dalam dwi bahasa bagi membiasakan diri dengan kedua-dua bahasa tersebut kerana lambat laun mereka terpaksa menggunakan bahasa Inggeris bila mereka melanjutkan pelajaran ke  IPTA atau keluar negara kelak.

Taklah anak-anak kita tertinggal di belakang dalam  menimba ilmu.  Adalah tidak adil jika mereka dipaksa untuk  menjadi bahan ujikaji pihak tertentu yang sentiasa menukar sistem pendidikan di negara ini.  Bagi saya tak kiralah mereka menggunakan bahasa lain untuk subjek tertentu kerana Bahasa Malaysia tetap satu subjek wajib.

Kenapalah pihak tertentu terlalu takut anak-anak kita mahir dalam bahasa asing sedangkan mereka tetap terpaksa menggunakan bahasa Inggeris bila mereka belajar di luar negara atau bila mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.  Apa pendapat anda?