Inilah 'bubuk' - udang kecil
Hari ini saya akan bercerita tentang belacan Bintulu yang terkenal tu. Bagi yang tak tahu bagaimana belacan di buat, tengoklah gambar di atas. Itulah ‘bubuk’ dalam bahasa orang Sarawak atau ‘baby shrimp’ orang puteh kata.
Bubuk ni kalau baru diperolehi dari laut segar betul, warnanya ada yang putih dan ada yang merah jambu gitu. Kalau orang Sarawak masa musim ‘bubuk’ lah kami selalu makan umai udang kecil ni. Sedap betul… Ada kawan saya yang berasal dari Semenanjung tu sampai rindu nak makan umai udang kecil ni bila dah balik ke sana. Tetapi bubuk ni bermusim. Orang Miri dan Bintulu tahulah bila musim nya tiba.
Selain dari umai bubuk ni juga di keringkan dan di goreng. Cencaluk adalah salah satu dari produk dari udang kecil ni. Banyak betullah hasil dari udang kecil ni.

Gambar di atas tulah cencaluk.

Belacan…. semua orang Malaysia tahu apa itu belacan. Belacan Bintulu dijuala dalam bentul ketul seperti diatas tetapi baru-baru ada juga yang membuatnya dalam bentuk serbuk seperti serbuk belacan maggi tu.
Belacan Bintulu dan Miri dikatakan istimewa kerana cara pembuatannya yang tersendiri dan asli. Harganya kini mencecahRM50-RM60 sekilo. Tetapi anda tentu akan berpuas hati dengan belacan Bintulu. Kalau teringin mencuba produk “BUBUK” bintulu datanglah ke sini atau Miri. Pasti berbaloi jika anda datang pada musim bubuk……