Blog ini masih dalam pantang org pempuan kata, maksudnya baru benar.  Sebagai seorang yg terlalu fresh dengan blog(sebelum ini saya tak berminat untuk memiliki blog sendiri).

Sebagai seorang yang amat meminati bahan bacaan minat saya kini beralih kepada membaca artikel dalam internet.  Setelah suami menghadiahkan laptop ni tahun lepas, baru sekarang terfikir untuk menyibukkan diri dalam bidang internet.  Dulu masa belajar , internet masih terlalu asing.

Berjinak-jinak dengan halaman blog ni rupanya bukanlah semudah yang saya fikirkan.  Tanpa pengetahuan apa-apa tentang blog saya mencuba membuat blog sendiri.  Hasilnya untuk permulaan saya baru tahu sedikit tentang  ‘read more’  dan cara  nak letak gambar dalam artikel.

Lepas ni nak belajar buat ‘press this’ pulak.  Harap-harap saya akan berjaya menguasai bahasa blog tidak lama lagi sebelum minat saya berkurangan.  Bagi anda yang dah pakar tu, tolonglah saya untuk menambah cantik lagi penguasaan bahasa blog ini.