Ini antara artikel yang menarik yang pernah saya baca tidak lama dulu.  Oleh kerana anak-anak  saya  dan kawan-kawan mereka  pun membaca blog ini dan mungkin ada diantara anda belum membaca artikel ini, maka saya harap artikel ini  akan memberi sedikit informasi kepada kita.

1.   Hot dogs

Kandungan nitrates nya amat tinggi.  Kanak-kanak adalah dinasihatkan supaya tidak memakan hot dogs melebihi 12  keping hotdog sebulan.  Seeloknya jangan dimakan terus.

2.   Processed meats and bacon

Sama seperti hot dog  daging yang telah diproses mengandungi

nitrates yang amat tinggi.

3.   Donut

Donut adalah penyebab utama kanser. Kenapa?  Pertama kerana ianya dibuat dari tepung putih, gula dan minyak hydrogenated kemudian ia digoreng dengan suhu yang tinggi.  Ianya merupakan makanan  yang mempunyai potensi yang tinggi sebagai penyebab kanser.

4.   French fries

Ha..ha…haa . kanak-kanak mana yang tak suka makanan ni.  Saya pun suka.

5.  Chips, keropok dan cookies

Walau pun ada pengeluar mendakwa barang keluaran mereka bebas lemak tepu dan bahan pengawet, makanan yang diproses memang berpotensi menjadi penyebab kanser.

Saya hanya ingin berkongsi tentang lima makanan kegemaran anak-anak kita yang selalu kita beli sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka.