Dalam artikel yang lalu saya ada ceritakan tentang anak saya yang kena asma tu.  Alhamdulillah sekarang keadaan asmanya berkurangan dan cuma menyerang sekali sekala bukan seperti waktu dia kecil dulu.  Paling risau tahun lepas takut asmanya kambuh semasa UPSR.  Alhamdullillah dia sihat semasa musim ujian.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa alternatif ubat asma yang saya perolehi dari internet.

1.      Sirih- rebus pekatlah daun sirih bersama gula batu dan minum ketika suam-suam.

2.      Layur daun sirih atas api dan tempel ke dada ketika serangan berlaku untuk melegakan serangan.

3.      Sayur seleri di kisar bersama buah papaya dan minum sebagai jus.

4.      Ulam pegaga di keringkan kemudian di rebus dan minum ketika suam.

5.      Jus daun lidah buaya dikatakan paling baik diamalkan oleh pengidap asma.

6.      Rebuslah rempah bunga lawang  dan minum.

7.      Ibu kunyit- rebuslah isinya untuk dijadikan minuman.

8.      Bawang merah dan bawang putih.

9.      Ginkgo biloba dan madu.

Apa pun, berbincanglah dengan pakar perubatan  tentang tahap kesihatan anak anda.

Pengalaman saya semasa anak saya terpaksa bermalam di hospital(bukan disebabkan oleh asma) amat berguna. Menurut ibu seorang kanak-kanak yang mengidap asma di wad yang sama, anaknya diserang asma kronik hingga hampir meragut  nyawa kanak-kanak tersebut setelah ayahnya membeli dua kilo buah longan.  Selain dari itu buah ‘grape fruit’ (seperti buah oren besar) juga tidak sesuai untuk pengidap asma.