Di Sarawak terdapat perbagai bangsa dan suku kaum dengan bahasa yang berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain walaupun tergolong dalam suku kaum yang sama. Kaum Melanau misalnya mempunyai bahasa mereka tersendiri mengikut kampung dan asal mereka.
Bagi kaum Melanau Bintulu dan Niah mereka mempunyai versi bahasa Melanau mereka yang tersendiri, unik dengan sebutan yang dalam(tajwid tersendiri)
Saya akan berkongsi beberapa perkataan yang saya pelajari semenjak bersuamikan orang Vaie(Bintulu)….Kalau anda orang Vaie tolong betulkan jika ejaan saya salah. Saya akan menulis nombor 1-10 dalam bahasa Vaie..
Nombor satu(1) – ji’ang
Dua – ‘ba
Tiga – lau
Empat – pat
Lima – limak
Enam – nem
Tujuh – tujuk
Lapan – ma ‘dik
Sembilan – supi’
Sepuluh – peluan