Orang Jepun memang canggih.  Pada pertengahan tahun ini syarikat pengeluar barangan elektronik  Sanyo telah melancarkan  produk baru mereka iaitu periuk yang boleh menukarkan beras menjadi sebuku roti dalam masa 4 jam.
Periuk  tersebut akan mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian mengadunnya dengan bahan-bahan untuk membuat roti yang lain seperti air  dan ragi sebelum siap  di bakar menjadi roti selepas 4 jam.
Harga bagi mesin unik ini ialah antara AS$560 sehingga AS$670.  Beribu ringgit jugaklah duit kita keluar untuk memiliki periuk canggih ni.  Rasanya kalau kita beli saja di bakery lama jugak kita makan roti dengan jumlah duit yang akan digunakan untuk membeli periuk ni.
Kalau periuk tu boleh tukar kertas menjadi duit  berbaloi jugak membelinya, malah saya rasa semua orang berebut-rebut nak membeli periuk tu…ha..ha..ha..berangan dah………