Marah sungguh apabila terbaca artikel dalam blog org Indon yang menggelar negara dan bangsa kita malingsial. Dalam bahasa indon, maling bermakna pencuri dan sial tu adalah kata sumpahan yang sungguh kesat.
Sewajarnyakah bangsa indon yang berasal dari satu rumpun dan sejarah masa silam yang sama menggunakan bahasa yang begitu berbaur perkauman, menghina dan melecehkan bangsa negara yang menjadi jiran mereka.
Sebagai rakyat Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan hari ini, saya tetap berbangga dengan negara kita yang tidak suka melayan cara provokasi rakyat negara tersebut.
Rakyat Malaysia perlu lebih matang dalam menangani masalah antara kedua negara. Saya juga kagum dengan Presiden indon sendiri yang pada pandangan saya seorang yang begitu cool dan berhemah tidak seperti sebahagian rakyat negara nya yang agresif. Walau pun kita patut berjiwa patriotik terhadap negara yang kita cintai, namun janganlah kita meremehkan rakyat dan bangsa asing.
Jadikan ini sebagai motivasi kepada kita supaya sentiasa bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Hanya dengan perpaduan dan hormat menghormatilah anasir luar tidak akan dapat memecah belahkan kita.