Seorang kenalan telah menghantar satu artikel kepada saya tentang proses di dalam tubuh badan kita terutamanya semasa kita tidur.

Jam 900-1100 malam –   proses pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun di bahagian  antibodi tubuh.

Waktu ini kita sepatutnya sudah bebas dari tugasan harian dan perlu santai dan  dalam keadaan rehat. Seorang ibu yang masih sibuk di dapur atau sedang mengawasi anak belajar pada waktu ini akan mendapat kesan negatif ke atas  tubuh badannya ketika proses ini sedang berlaku.

Jam 1100-100 pagi –   Proses de-toxin di bahagian hati dan ianya harus berlangsung ketika kita tidur.

Jam  100-300 pagi –   proses de-toxin di bahagian hempedu.  Juga berlaku ketika kita tidur.

Jam  300-500 pagi –   proses de-toxin di bahagian paru-paru.  Sebab itulah terjadinya batuk yang hebat bagi penderita batuk pada waktu ini.

Jam  500-700 pagi –   proses di-toxin di bahagian usus  besar dan kita seeloknya telah mengosongkan pundi kencing kita pada waktu ini.

Jam  700-900 pagi –  Proses penyerapan gizi makanan.

Sebab itulah sarapan amat penting.  Latih dan biasakan anak anda bersarapan dan jika boleh sebelum jam 630 pagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan dan keupayaan mental yang maksima.

Tidur lambat dan lambat bangun pagi memang memberi impak yang besar terhadap proses di atas kerana berlakunya gangguan terhadap proses tersebut.