Sudoku adalah teman terbaik ketika anda duduk di dalam kereta menunggu anak anda keluar kelas atau ketika berada di bilik menunggu semasa service kereta, atau ketika menunggu giliran di klinik, hospital, menunggu bas malah di lapangan terbang dan di dalam kapalterbang.

Saya sentiasa meletakkan beberapa helaian kertas permainan sudoku yang saya print dari internet untuk tujuan yang di sebutkan tadi.  Malah ketika kita terperangkap dalam  kesesakan lalulintas permainan ini amat membantu mengurangkan stress.  Ianya bukan saja sebagai pembunuh  kebosanan malah bagus untuk senaman otak.

Cara bermain juga mudah, cuma isi nombor 1-9 di dalam kotal kecil  9X9 .  Layarilah laman web tentang permainan ini dan anda pasti seronok bermain permainan ini

Advertisements