Archive for September, 2010


lihatlah anak itu

Lihatlah anakku pada anak yang terbuang disitu

kejamnya sang ibu membuang mereka sebegitu

tangisan sendu menunggu simpati sang ibu

namun semut pula datang mengganggu

sedangkan  ketibaanmu memang di tunggu

indahnya nama kami berikan padamu

agar  maknanya sejajar  harapan kalbu

terasa tak sabar menatap wajahmu

Renunglah anakku nasib anak yang terbuang

tanpa nama warganegaranya hilang

bila dewasa masa depannya malang

semua kerja mengjadi terhalang

Kau anakku hidupmu riang

sekolahmu namanya gah terbilang

cita-citamu tiada yang menghalang

bangsa dan warganegaramu jelas terbentang

Kesihanilah anakku mereka yang terbuang

walau sejuta simpati yang datang

tidak sama kasih keluarga tersayang

jangan kau layannya seperti binatang

Anakku bersyukurlah pada Ilahi

pada apa yang Dia beri

bukankah nasibmu lebih baik disini

walau tidak seperti menteri

Anakku berikan  ruang pada mereka

abaikan saja  latar belakang mereka

layan mereka seadanya manusia

itu lebih baik dari mengata

Inilah dilema ibu bapa  bekerja.  Sapa nak jaga anak.  Bukan senang nak cari penjaga.  Amah import banyak kerenahnya. Yang tempatan tak mahu kerja pula.  Orang tua dan sanak saudara jauh nak menolong kita.  Last-last hantar kat nursery atau taska.  Biasanya kita tak siasat nursery tu berdaftar ke ,yang penting pekerja dan pemiliknya nampak mesra.  Di tambah pula nursery yang di hias sedemikian rupa, cantik bergaya menawan mata. Tentu gembira ria anak di jaga mereka.

Kesibukan kadang-kadang melekakan kita.  Di manalah silapnya bila sedar, nasi yang dimasak bukan lagi menjadi bubur tetapi dah hangus hitam berbau hangit pula.  Masyarakat sekeliling cuma boleh bersimpati.  Kitalah menangis menyesali akibat kecuiaan penjaga.  Saman atau tidak, tiada apa yang dapat mengembalikan anak yang telah tiada.  Bagi ibu bapa yang lain kenalah beringat.  Ikuti kisah  berikut

Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri.

Begitulah Allah mengatur hidup kita.  Kisah ini amat menyedarkan aku.  Mewarisi Islam kerana lahir dalam Islam belum menjamin keimanan ku.  Semoga kehidupanku di bumi Islam ini lebih memudahkan aku menunaikan tanggungjawab ku sebagai hamba.  Allah telah memberi segala kemudahan.  Jadi apa lagi alasanmu wahai hati?  Jangan nanti kau menyesal bila mati…bacalah kisah paderi yang kerana kebaikannya kepada siswa Islam maka Allah membuka pintu hatinya dengan sinar Islam.  Begitulah Allah telah membalas semasa di dunia lagi…..

Pendeta Katolik, Menemukan Kebenaran Islam Ketika Ramadan « Mran3238’s Blog.

saya tertarik utk berkongsi artikel dr mran3238 ni bersama pembaca.si  Belo ni kata jgn tiru macam dia.  Ia …ia lah kalau ramai lelaki tiru perangai dia, tak ada can lah lagi dia nak jadi pemegang rekod tu…  Kemudian nak pulangkan 82 orang isteri kepada meluarga mereka.  Dah tak larat ke,  kenapa sebelum jadi isteri tak tolak?  Kalau si Belo ni ada kat Malaysia tentu ramai pengikut ilmu kahwin dia ni…baca selanjutnya….

Teruskan membaca

bila tiba masa kedewasaan mereka

sedang aku  semakin dimamah usia

inilah hasil kasih kita

yang kita harapkan di hari tua

bila tiba masa kedewasaan mereka

tersenyumkah aku nanti melihat mereka

melayari bahtera dengan taqwa

atau asyik leka dengan dunia

ketika kemuncak kehidupan mereka

sedangkan aku di hujung nyawa

adakah mereka dekat di mata

atau jauh kerana harta

doa ku untuk mereka

seperti dulu hingga akhir nyawa

kejarlah dunia hingga ke hujungnya

pun agama yang lebih utama

biar syurga dunia di depan mata

jangan pula leka neraka di bawah sedia ada

wahai nyawa ayah bonda

siapa pun kalian bila dewasa

bertakhtalah iman di dalam jiwa

tempuhilah gelora kehidupan dengan kesabaran dan doa

dunia dicari ilmu di timba

orang tua jangan dilupa

seperti juga solat dan puasa

rukun iman dan rukun islam

teguh di ingat sentiasa di buat

tentu pergi kami tidak sia-sia

bersama senyuman kerana berjaya

mendidik kalian hingga berjaya