1. Tidak bersarapan – paras gula dalam darah akan menjadi rendah.  Ini mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif .
  2. Terlebih makan – Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
  3. Perokok – Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
  4. Penggunaan gula yang berlebihan –  Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  5. Pencemaran udara – Otak adalah penggunan oksigen terbesar dalam badan manusia.  Pencemaran udara seperti asap rokok boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  6. Terlebih tidur – Tidur tu bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh menyebabkan sel-sel otak kita mati.
  7. Menutup muka ketika tidur – Ini akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
  8. Membiarkan otak bekerja semasa kita kurang sihat  –   Kerberkesanan otak berkurangan dan boleh merosakkan sel-sel otak.
  9. Kurang berimiginasi – Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita.  Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.  Jangan berangan macam pak Pandir sudahlah.
  10. Jarang berfikir – Ini menyebabkan otak menjadi kurang aktif.  Jadi perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.