Otak harus diasah agar potensinya bertambah tajam dan menjadi lebih aktif untuk menjalankan fungsi-fungsinya dengan lebih cekap.Jika otak dibiarkan tanpa sebarang aktiviti yang menggerakkannya, ia akan menjadi lesu dan tumpul.  Aktiviti  kecerdasan seperti berfikir, bermain permainan yang  merangsang otak untuk berfikir  (cthnya suzoku)  membaca bahan ilmiah dan sebagainya mampu meningkatkan ketajaman otak anda.

Mempelajari bahasa asing adalah satu senaman untuk otak.Dalam satu penyelidikan yang dilakukan oleh para neurosaintis di Eropah, mereka mendapati bahawa proses pembelajaran bahasa asing mampu mengubah anatomi otak. Jirim otak kelabu iaitu bahagian yang mengolah informasi akan berkembang dengan pesat umpama setelah melakukan olahraga.  Penelitian pada otak telah menunjukkan mereka yang menguasai lebih dari satu bahasa mempunyai sel-sel kelabu yang lebih banyak dan padat terutama jika mereka menguasainya semenjak kecil.

Kanak-kanak yang mengikuti program bahasa asing(bilingual) menunjukkan perkembangan yang lebih pesat dalam proses kognitif, kreativiti dan divergent thinking berbanding anak-anak monolingual.

Perkara lain yang boleh meningkatkan ketajaman minda seseorang:

  • Membaca dan menghafaz Al-Quran – Ini terbukti apabila para huffaz(penghafal Al-Quran) di seluruh dunia tidak pernah direkodkan sebagai pesakit gangguan mental ataupun masalah nyanyuk.

  • Beri inda anda cabaran dan belajarlah kemahiran-kemahiran baru yang berbeza dari bidang anda.  Jika anda seorang surirumah belajarlah bahasa asing dari bahasa ibunda anda seperti bahasa Vaie.

  • Melaungkan idea dengan kuat boleh menukarkan ingatan jangka pendek kepada jangka panjang.  Jangan sampai mengganggu orang lain sudahlah.

  • Gunakan kaedah mnemonik untuk mengingati langkah-langkah atau fakta-fakta penting. Jangan hafal semua perkara.

  • Ambil vitamin yang boleh membantu menguatkan memori anda.

  • Minum air yang cukup (bukan berlebihan).  Dehidrasi boleh mengganggu memori, menyebabkan kekeliruan dan kesukaran berfikir.

  • Tidur yang cukup.  Kurang tidur menyebabkan gangguan pada konsentrasi dan proses penyimpanan maklumat. So jangan belajar last minute.

  • Jauhkan diri anda dari bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan minda seperti merokok, mengambil alkohol, dadah dan terlalu kerap menonto televisiion atau mendengar radio..(Melayari internet yang terlalu lama termasuk kot).