cerita lawak 1:

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Cerita lawak 2:

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.