Bersambung dari artikel denggi sebelum ini.  Saya ingin mengingatkan para pembaca  sekalian sekiranya anda demam teruk kemudian baik sekejap dan demam lagi pergilah buat ujian darah.  Doktor anda samada swasta atau kerajaan mungkin cuma memberi ubat demam dan sebagainya. Saya rasa jika demam anda agak luar biasa ada baiknya anda buat pemeriksaan darah di makmal darah.

Daripada anda berulang alik ke klinik baik anda pastikan sebelum denggi meragut nyawa anda.  Kematian disebabkan denggi kebanyakannya  disebabkan kelewatan mendapat rawatan.

Bila ada ahli keluarga  atau jiran anda terkena denggi, pergilah ke hospital dan buatlah ujian  darah bagi memastikan status kesihatan anda.  Kadang-kadang kita kena memaksa petugas hospital dan klinik swasta untuk  tujuan ini. Anda boleh terus pergi ke makmal ujian darah yang berhampiran  dan bayarannya adalah lebih murah berbanding dengan caj yang akan di kenakan oleh doktor swasta.

Pengalaman saya seperti yang saya ceritakan di artikel yang lepas banyak memberi pengajaran kepada saya.  Saya terlalu naif tentang denggi  dan mengambil remeh tentang penyakit ini sehingga anak-anak saya begitu menderita sakit.  Namun ketidak puasan hati saya terhadap demam yang di alami oleh kedua-dua anak saya menyebabkan saya membawa mereka berjumpa dengan doktor yang lain bagi pendapat kedua.  Akhirnya doktor tersebutlah yang menyuruh anak saya membuat ujian darah dan akhirnya menasihatkan saya untuk membawa mereka ke hospital.

Saya bersyukur kerana telah melalui semua ini dan kini dapat berkongsi pengalaman ini dengan anda.  Semoga kita dilindungi Allah dari segala penyakit yang merbahaya.