Kesemua anak-anak saya belajar di SK Agama.  Bukannya tidak ada sekolah lain di Bintulu atau saya bersikap perkauman.  Nak masuk sekolah agama di Sarawak bukannya mudah.  Kena pergi ujian khas semasa berusia 6 tahn.  Adakah SK Agama cuma memilih pelajar yang bijak sahaja?  Bukan.  Ini disebabkan permintaan yang tinggi dari ibu bapa sedangkan pengambilan pelajar adalah terhad.  Di Bintulu contohnya,  setiap tahun pengambilan pelajar adalah  terhad kepada 2 atau 3 kelas bagi tahun satu dengan jumlah 35 orang sekelas.

Sekolah Agama Bintulu adalah antara sekolah yang paling kecil di Bintulu.  Jumlah pelajarnya mungkin tidak melebihi 550 orang.  Kawasan sekolah yang terletak di lereng bukit begitu kecil sehingga sekolah ini tiada padang sekolah.  Biasanya sukan sekolah di adakan di stadium berhampiran dan jika terpaksa dibuat ala kadar sahaja.  Tetapi  saya masih memilih sekolah agama atas beberapa alasan:

  1. Anak-anak saya belajar di sekolah Hikmah semasa di tadika  -:  Oleh kerana tempat tinggal saya ketika itu berhampiran dengan sekolah tadika Hikmah( tadika yang berkonsepkan Islam) maka kesemua anak saya pun sudah terbiasa belajar dalam suasana Islam.  Mereka sudah terbiasa memulakan sesi persekolahan dengan berlatih solat, membaca doa dan pakaian yang menutup aurat.  Jadi kebiasaan ini perlu di teruskan dengan suasana sekolah rendah yang berbentuk Islamik jugak bagi memastikan mereka terus mengamalkan cara hidup Isla.

  2. Satu sesi  -:  Antara sekolah  rendah di kawasan bandar yang menjalankan satu sesi pembelajaran.  Saya lebih suka anak saya bangun awal dan belajar di sesi pagi.  Ketika ini mereka masih fresh dan wangi dan ini mempengaruhi mood belajar mereka.  Belajar waktu pagi adalah lebih selesa berbanding sebelah petang yang panas dan mudah menyebabkan palajar mengantuk.

  3. Jumlah pelajar yang tidak ramai  -:  Ini antara faktor penting bagi memastikan disiplin anak-anak.  Anak saya yang kini berada di Thn 5 misalnya  cuma mempunyai pelajar  tidak melebihi 35 orang di dalam kelasnya. Jumlah keseluruhan pelajar mungkin tidak melebihi 550 orang.  Ini penting  bagi memastikan guru  dan pelajar dapat menumpukan  perhatian semasa  sesi pembelajaran.  Guru tidaklah begitu pening dengan kerenah para pelajar mereka.

  4. Jumlah pelajar yang sedikit juga menyenangkan ibu bapa untuk mengenali  rakan-rakan serta penjaga rakan-rakan mereka dengan mudah.  Dengan ini memudahkan kita berkomunikasi sesama ibubapa tentang masalah pembelajaran dan sosial anak-anak.

  5. Oleh kerana SK Agama adalah sebuah sekolah berkonsepkan Islam, tentulah kita yakin dengan makanan yang disediakan di kantin sekolah.  Saya juga lebih yakin bila membekalkan makanan dari rumah untuk dikongsikan bersama rakan-rakan mereka.  Kita tidak perlu risau bila mengingatkan anak kita berkongsi makanan yang di bekalkan oleh rakan mereka.

  6. Pelajaran sentiasa dimulakan dengan bacaan doa.  Mereka sentiasa dilatih membaca doa dan bersalam dengan guru. Latihan akhlak yang baik ini akan terbawa-bawa hingga ke rumah.  InsyaAllah.

  7. Kafa  -:  Kelas kafa di adakan 2 kali seminggu dan mereka dikehendaki solat zohor dan asar di surau sekolah.  Walau pun agak membebankan bagi sesetengah ibu bapa tetapi saya rasa kita mahu ilmu akhirat yang terbaik buat anak-anak kita.  Pada bulan Ramadahn mereka akan menggunakan waktu kafa untuk membaca Al-Quran.

  8. Pakaian saragam -:  Jika anda ke Bintulu, pelajar SK Agama amat mudah di kenali terutamanya pelajar perempuan kerana mereka tidak memakai pakaian kurung kecuali hari Jumaat.  Mereka memakai seluar biru dan baju   alapunjabi.  Saya rasa ini unik dan elok memandangkan pelajar perempuan sekolah rendah agak lasak dan pakaian ala punjabi lebih selamat bagi melindungi aurat anak kita yang mungkin suka menarik keatas kain mereka  dan cara duduk yang  kurang sopan semasa di dalam kelas.  Begitu juga pakaian kafa .  Tidak sukar untuk mengenali pelajar sekolah agama Bintulu melalui pakaian kafa mereka.

  9. Bulan Puasa  -:  Inilah kelebihan terbesar bila anak anda berada di SK Agama.  Kantin sekolah akan di tutup sepanjang bulan puasa dan tiada pelajar yang membawa makanan ke sekolah walaupun tidak berpuasa.  Saya katakan satu kelebihan kerana anak-anak yang baru berlatih berpuasa akan lebih senang di didik di dalam suasana dimana semua pelajar di situ berpuasa.  Mereka akan merasa malu jika membawa bekal makanan dan minuman kesekolah.  Berbeza dengan sekolah campuran saya dapati para pelajar Islam yang memakai pakaian hari Jumaat tidak segan silu sama-sama membeli minuman di kawasan dan luar sekolah.

  10. Dah kehabisan sebab/alasan……………