lawak 1:-

Seorang pengembara sedang meninjau kawasan di pedalaman Amazon, Afrika Selatan.  Tiba-tiba lelaki itu dikepung oleh sekumpulan orang asli Afrika yang kelaparan.

“Oh Tuhan, matilah aku kali ini…” bisik hatinya.

Ketika itu juga muncul  satu kilauan cahaya dari langit dan terdengar suara bergema :

“Tidak anakku.  Ajalmu masih belum tiba.   Ambil batu dekat kakimu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri di depanmu itu.”

Si pengembara  dengan berani mengambil batu itu lalu menyerang dan  memukul kepala pemimpin orang asli tersebut dengan sekuat hatinya hingga mati.

Apalagi, anggota kumpulan orang asli Afrika itu menjadi marah lalu mengepung dan bersedia untuk memanah lelaki pengembara itu.

Ketika itu juga sekali lagi kilauan cahaya dari langit muncul dan terdengar suara bergema :

“Nah, sekarang baru ajalmu tiba anakku “.


Lawak 2:-

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Lawak 3:-

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.