Selongkar sampah cari makanan

JOHOR BAHRU: Dua beradik wanita warga emas bukan saja terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari, malah ada beberapa jiran tetangga tergamak memaki dan meludah jika terserempak dengan mereka yang dianggap pembawa sial……….(di petik dari myMetro)

Jika kita tak mampu menolong mereka yang daif   jangan pula kita menghina mereka.  Siapa lah yang mahu hidup melarat dan merempat.  Bukankah Allah yang telah menentukan nasib seseorang itu, jadi mengapa pula perlu menghina dan meludah ke arah mereka.   Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah tidak memberi musibah tersebut kepada kita.  Puasa sepatutnya menjadikan diri kita lebih insaf dan suka bersedekah…