Inilah sayuran berkhasiat yang sentiasa ada dalam masakan kari saya.  Kadang-kadang saya akan memanggangnya dan di makan sebagai ulam.  Saya baru tahu sayur kegemaran saya ini mempunyai banyak khasiat.

Kajian menunjukkan bahawa terung mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.

Kajian di Jepun menunjukkan, jus terung boleh menekankan kerosakan pada sel-sel dengan penyimpangan kromosom sebagai petanda adanya kanser. Kandungan tripisin (protease) adalah inhibitor atau penghapus zat yang menyebabkan kanser.

Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik. Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

Selain itu, terung yang dikisar dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.