Esok raya.  Bintulu semakin lengang.  Kalau sepanjang Ramadhan jam 5.00 PM tak usah nak guna jln Kidurong menghala ke traffic light simpang ke hospital.  tention sebab jln  sesak.  Tapi petang tadi dah pukul 5.30 PM pun sunyi je.  Walau pun hujan tapi tak sesak seperti biasa.

Bazaar Ramadhan pun dah tak banyak gerai yang buka.  Nak singgah pun boring.  Saya balik ambik suami dari kerja pun sempat sampai rumah  sebelum 6.00PM.  Selalu kalau masa hujan dan dah pukul 5.30 PM baru keluar rumah ke bandar, mesti sampai rumah hampir waktu berbuka atau terpaksa berlari buka gate.  Tapi dua hari ni Bintulu sunyi sepi.

Saya sekeluarga hanya akan pergi ke Miri esok.    Barang belum kemas lagi.  Entahlah.  Rasanya dah tak ada mood raya.  Bulan Puasa ok je.  Relax je.  Lagi pun Ramadhan kali ini kena musim hujan kat sini.  Biasanya  kalau bulan puasa malam baru cuci kereta.  Kali ni rajin cuci kereta  waktu siang.Siang tadi sempat polish kereta lagi.  Baru rasa seronok tengok kereta berkilat , tiba-tiba terpaksa keluar ambik suami yang keretanya rosak di bandar petang tadi. Alahai….. kereta yang dah berkilat kotor semula.

Nampaknya anak-anak dah tak sabar beraya.  Berkali-kali mereka menyuruh supaya kami terus ke Miri seawal pagi, namun saya tetap bertegas mereka mesti solat raya di Bintulu sebelum pergi menziarahi keluarga ayah mereka di sini.  Walaupun kami menetap di Bintulu,  namun anak-anak lebih rapat dengan keluarga saya di Miri.