Kadang-kadang seorang isteri bukan tidak tahu kecurangan sang suami, namun kasih sayang dan cintakan suami melebihi semuanya.  Anak-anak merupakan faktor utama mengapa para ibu membutakan mata hati mereka dengan kecurangan sang suami durjana.  Mereka tidak mahu anak mendapat malu kerana perangai buruk bapa mereka.

Siapa yang mesti dipersalahkan?  Si jantan sial tu memanglah nak tunjuk hero depan kekasih. Si betina tu pulak tak tahu malu masuk rumah orang….. Saya rasa tindakan wanita tersebut melaporkan perkara ini kepada polis adalah bijak.  Kalau wanita ni serang balik, silap hari bulan dia pulak yang jadi mangsa.

Apa yang patut dia buat ialah meminta cerai dengan jantan tak berguna tu dan saman dia atas  kes penderaan mental dan fizikal serta tuntut segala kos sara hidup dan lain-lain hingga lelaki tu papa kedana.  Baru padan dengan muka dia. baca cerita ini di sini:

myMetro | Balik ‘disambut’ kekasih suami.