Saya merasa hairan dengan pihak berkuasa kesihatan Malaysia yang tidak membuat sebarang langkah untuk menarik balik  produk susu rumusan bayi Similac yang di keluarkan oleh Abbott Laboratories Inc, sedangkan laporan Reuters menyatakan syarikat tersebut telah menarik balik berjuta tin susu rumusan bayi yang dipercayai tercemar dengan kumbang di Amerika Syarikat, Guam, Puerto Rico dan pasaran Caribbean.

Tindakan cepat pihak berkuasa kesihatan Malaysia amatlah perlu bagi memastikan pengguna yang tidak peka dari terbeli produk  yang dipercayai tercemar tersebut.

Diharap pembaca dapat sama-sama menyampai berita yang saya baca ini kepada pengguna yang lain agar kita tidak menunggu pihak berkuasa kesihatan  mengambil tindakan sebelum kita membuat keputusan.

Baca sumbernya di sini:

Hentikan segera jualan susu Similac – Malaysiakini.

Advertisements