Bukan perkara baru bila kita mendengar pemandu terutama ahli keluarga terdekat terlanggar anak mereka ketika mengundurkan kereta.  Mungkin anak-anak bersembunyi di belakang kereta  semasa kita  hendak masuk ke dalam kereta.  Namun apa yang pasti kita kadang-kadang terlalu mengejar masa atau tergopoh gapah hendak ke sesuatu destinasi.  Perasaan marah ketika hendak memandu juga boleh menyebabakan kita lupa tentang keselamatan orang di sekeliling kita.

Sebagai pemandu kita mesti memastikan tiada anak-anak bermain sekeliling kereta kita sebelum  masuk ke dalam kereta.  Apalagi jika rumah kita memang ramai kanak-kanak.  Semasa sedang  mengundur kereta kadang -kadang ada anak yang tiba-tiba berlari keluar dari rumah. Ini amat lah merbahaya kerana perhatian kita ketika itu hanya tertumpu ke arah belakang.

Kerana itu pada pendapat saya, kita mesti memastikan anak-anak tidak berada berdekatan kereta sebelum kita menghidupkan enjin kereta.   Mungkin ianya sudah suratan takdir namun kekesalan akan terus menghantui kita sepanjang hidup kita disebabkan kecuaian kita tadi.

Berita selanjutnya di bawah:

myMetro | Kanak-kanak dilanggar van berundur.