Saya memang 100% setuju dengan teori-teori yang dikemukakan oleh para pengkaji  yang dipelopori oleh sarjana komunikasi Barat di bawah.  Kita  mungkin berasa lebih selamat jika anak-anak berada di rumah.  Namun komputerlah tempat melepak selamat yang tidak lagi selamat untuk anak-anak.  Sistem komunikasi tanpa batas inilah yang digunakan oleh remaja untuk mencari ilmu yang tidak sepatutnya mereka pelajari di usia mereka.

Pernahkan anda cuba untuk menyiasat apa yang  anak anda buat di depan komputer dan telefon peribadi canggih mereka.  Atau anda memberi kepercayaan 100%  kepada anak anda.  Mungkinkah mereka tidak menyalahgunakan kepercayaan anda  itu?  Sebagai ibu bapa sikap curiga dan waspada dengan anak-anak amat perlu demi menjaga keselamatan dan akhlak mereka.  Buruk padahnya jika anda adalah antara orang yang terakhir mengetahui perangai negatif anak anda.

Bacalah akibat  dari sistem komunikasi di rumah anda disini….

Apa peranan LPF dalam filem Tamil? – Malaysiakini.