Membaca kisah Aisha, 19, setahun lalu membuat aku bersyukur hidup di Malaysia.  Tak dapat aku bayangkan bagaimana sang suami kejam  itu  mengheret lalu  memotong telinga dan hidung wanita ini tanpa belas kasihan.  Agaknya dia begitu bangga dengan perbuatan yang dilakukannya.

Tak terbayang oleh ku penderitaan yang terpaksa dilalui oleh wanita ini sepanjang bergelar isteri.  Aku rasa Aisha antara yang bernasih baik kerana berjaya di selamatkan.  Mungkin ramai yang lebih malang dan ada yang mati katak kerana kekejaman sang suami di sana.

Betapa kejamnya kaum species lelaki di sana walaupun wanita mereka menutup seluruh permukaan tubuh badan mereka.   Memang patut pun negara tersebut sentiasa bergolak.  Itulah pembalasan Allah ke atas kekejaman lelaki di sana.

Inilah antara penyebab islamphobia.  Masyarakat Barat menganggap Islam itu kejam padahal Islam begitu menghargai nyawa manusia serta menghormati hak wanita.  Aku lebih suka gunakan perkataan suami lelakiphobia kerana bukan agama Islam yang sepatutnya mereka takut tetapi lelaki-lelaki yang mengaku diri mereka Islam namun tidak hidup berlandaskan Islam.

baca kisah selanjutnya tentang Aisha di bawah:

myMetro | Gadis malang dapat hidung baru.