Berapa agaknya jumlah penduduk Sarawak selepas banci tahun ni?  Rasa-rasanya lebih sedikit je dari jumlah tikus kat George Town Pulau Pinang.

Betapa mewahnya kehidupan di George Town hinggakan tikus dapat membiak dan membesar dengan begitu cepat di situ.  Agaknya tikus kat sana makan sedap-sedap setiap hari.  Agaknya orang dah tak kenal tikus kat Pulau Pinang ni sebab saiznya hampir sama dengan anak kucing.  Jadi jika lalu depan mata  masa makan pun dah tak geli dan jijik lagi.

Atau kat George Town ni kucing-kucing dah jemu makan tikus dan agaknya dua species ni dah jadi best friend. Atau tikus-tikus kat sana makan keladi tikus untuk elak dari kanser yang disebabkan oleh pencemaran makanan zaman moden ni.

Itu banci tikus kat Pulau Pinang.  Aku rasa kalau banci tikus ni di buat kat Kuching, Sibu dan Miri tentu angkanya lebih mengejutkan.Yang aku tahu aku selalu guna jalan tikus jika memandu kat Miri untuk elakkan kesesakan lalu lintas.  Kat Kuching ada jugak aku dengar jalan tikus untuk ke Indonesia bagi yang tak nak guna passport.

p/s: orang kata tikus tak suka daun durian belanda. betul ke.  sebab tu aku sengaja tanam durian belanda kat depan rumah..

berita tentang tikus kat George Town di sini:

Kosmo! Online – Negara.