Tahu lah dia ni presiden Cuepacs, tapi dia ni asyik mendesak kerajaan je kerjanya.  Tak kah terfikir olehnya tentang rakyat Malaysia lain yang tak bekerja dan bekerja sendiri kat kampung dan bekerja swasta yang tak terbela nasib mereka.  Setiap kali bila kerajaan umumkan bonus dia mesti suruh kerajaan pertimbangkan semula.

Apa lagi penjawat awam tak perolehi, allowance kerja kat luar bandar,  cuti hingga 90 hari…bla..bla…

Bercakap tentang cuti 90 hari ni, saya terbayang bidang perguruan dan hospital sebab di sinilah paling ramai wanita.  Bayangkanlah bila wanita-wanita di sektor ini berpakat mengandung beramai-ramai dalam tahun yang sama.  Boleh kosong hospital tak ada jururawat, dan kelas di sekolah pun asyik ‘sit in’ je.  Itu pun sekarang ni ‘sit in’ ni pengawas sekolah yang ‘sit in’ sedangkan guru lepak kat pejabat yang dah ada air-cond.  Bagaimana pula nasih  pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting untuk tahun tersebut?

Pun saya masih nak kata penjawat awam patut bersyukur kerana begitu banyak kemudahan yang mereka terima walau pun mungkin bukan dalam bentuk bonus 2-3 bulan seperti yang mereka laung-laungkan.

Penjawat awam antara pekerja yang boleh keluar bila-bila masa semasa keluar.  Tak percaya, cuba lihat orang-orang yang banyak melepak minum pagi dan makan tengahari hingga berjam-jam kat restaurant dan kedai.

Yang ada masa menunggu anak mereka kat sekolah seawal 1100 pagi dan cuma masuk kerja dekat 230 petang. Pun kekadang mereka sempat shopping  waktu bekerja.  Merekalah jugak yang keluar awal sebelum waktu balik untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Aku  tulis ni sebab aku kenal ramai penjawat awam dan selalu terserempak dengan mereka kat tempat-tempat yang aku sebutkan tadi.  Ingatkan cuti, rupanya memang ponteng ‘sekejap’.

myMetro | Bajet 2011: Pengubat hati penjawat awam.