artikel ini amat menarik bagi ku.  Ianya merupakan sebuah artikel yang di tulis oleh seorang pengidap kanser sebelum kematiannya. Aku sengaja copy paste bahagian yang amat menarik ini di bawah.

Semoga artikel yang aku jumpa semasa mencari idea ini memberi manfaat untuk kita yang masih sibuk di dunia ini.

” Tetapi apa akan berlaku sekiranya pada masa itu, aku sebenarnya melawan untuk nyawaku? Apa akan berlaku sekiranya aku melawan untuk nyawaku sekiranya aku menyedari bahawa malaikat maut berada di hadapanku dan hendak menjemputku?

Aku mungkin mati ketika berada dalam kemurkaan Allahs.w.t. apabila Dia memutuskan untuk mengambil nyawaku; kerana aku telah banyak berusaha, berdoa dan menyerah diri kepadaNya tetapi kelihatan seolah-olah Dia tidak mahu memakbulkan doa-doaku (na’udzubillah). Sekiranya aku mati dalam keadaan ini, iaitu dengan perasaan tidak berpuas hati dengan Allah s.w.t, adakah anda fikirAllah s.w.t. juga berpuas hati dengan aku? Aku rasa tidak.

Lebih-lebih lagi selepas mengetahui Allah s.w.t telah menentukansetiap kita berapa lama kita hidup dalam dunia ini, dan tiada sesiapapun yang bolehmenghalang apabila tiba masanya.
“Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya
telah datang. Dan Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Al-
Munaafiqun:11)
“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu
berada di dalam benteng yang tinggi dan kokoh…..” (An-Nisaa’:78)
“Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah.”
(Al-Waqia’ah: 60)
“Dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hambaNya, diutusNya kepadamu
malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang
di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya, dan mereka tidak
melalaikan tugasnya.” (Al-An’am: 61)

Ayat-ayat di atas hanyalah empat daripada banyak-banyak surah Quran yang menceritakan tentang Kehidupan dan Kematian, semuanya mengingatkan kita siapa diri kita sebenarnya, tiada apa-apa melainkan makhluk yang lemah yang tinggal di dunia ini atas rahmat Allah s.w.t.

Jadi untuk berusaha melawan untuk terus hidup sedangkan aku tidak tahu apa yang Allah s.w.t telah tetapkan untukku (sesuatu yang di luar pengetahuanku), adalah sesuatu yang sememangnya tidak betul untuk dilakukan.

Lagipun, sebagaimana yang aku bincangkan sebelum ini, sikap ini adalah sangat berbahaya kerana aku mungkin mati dalam keadaan tidak meredhai keputusan Allah s.w.t.

Berdasarkan fakta-fakta ini, aku telah memilih untuk membiarkan Allah s.w.t.menentukan nasibku, sama ada untuk menyembuhkan aku atau mengambil nyawaku,kerana aku sedar aku tiada kuasa untuk membuat keputusan dalam perkara yang ghaib ini.

Doaku kepada Allah s.w.t juga telah berubah. Dahulu apabila aku nak hilangmataku, aku banyak berdoa dan meminta Allah s.w.t memohon agar Dia sembuhkanaku.

Tetapi kali ini, aku hanya mohon Allah s.w.t. apa sahaja keputusanNya, biarlah yang terbaik untukku; iaitu sekiranya dia memutuskan untuk menyembuhkan aku,jadikanlah aku seorang insan yang lebih baik dan menjadi hambaNya yang taat;

jika di sebaliknya Dia memutuskan untuk mencabut nyawaku, aku mohon supaya Diamengambilnya setelah Dia berpuas hati dengan aku dan merestuiku berserta dengan kemaafan dan rahmatNya. Aku juga meminta Allah s.w.t menjadikan aku dari kalangan “orang-orang yang bersabar”, kerana aku tidak tahu berapa banyak kesakitan dan kesedihan yang aku terpaksa lalui pada masa akan datang. Itu sahaja doaku daripadaNya, dan aku serahkan kepercayaanku kepadaNya

Perkara perkara yang aku dapati adalah seperti berikut: · Dengan sikap “Redha danTawakkal”, aku dapati aku mula menikmati sembahyangku, doa-doa kepada Allahs.w.t. dan semua jenis ibadah lain (solat, zikrullah, bacaan Quran dan belajar ilmu.

bacalah artikel penuh nya di bawah:

testimoni.pdf (application/pdf Object).