Setelah lama tinggal di Bintulu, aku baru perasan di sini lebih mudah  untuk mendapatkan ikan segar.  keluarga aku di Miri akan selalu singgah ke pasar ikan kat Kampung Baru semata-mata nak  beli banyak ikan untuk dibawa balik ke Miri.

Bandaraya Miri  walaupun sama macam Bintulu, berhampiran  dengan pantai namun nak dapat ikan segar punyalah susah dan mahal.  Kalau aku ke Miri, kami selalu ke tepi pantai Bakam dan Baram yang begitu jauh cuma kerana nak membeli ikan segar.  Pasar ikan yang melambak kat Miri tu langsung tak dikunjungi.  Bukan apa takut dah di tambah bahan pengawet untuk membuat ikan kelihatan  segar.

Di Bintulu, aku jarang ke pasar ikan besar di tengah bandar.  Rasanya aku lebih suka ke Kg. Baru atau ke pantai Kidurong untuk mendapatkan ikan.  Kalau pagi pergilah ke pantai Kidurong kerana nelayan-nelayan akan memunggah ikan mereka untuk dijual pada waktu pagi di sini.  Kalau anda ke pantai ini pada  hujung minggu anda akan dapati pantai ini sibuk dengan penduduk setempat yang mencari ikan segar.

Sebelah petang pula seawal 230 petang berkunjunglah ke Kg. Baru untuk mendapatkan ikan segar.  Selalunya terdapat banyak ikan segar malah ikan untuk umai dengan servis menyediakan bahan-bahannya sekali pun ada di sediakan.  Jadi kalau agak malas belilah ikan yang telah di potong kecil ini bersama bahan-bahannya sekali.

Kalau ayam cuma ada satu tempat yang aku pergi.  Aku akan ke Fair Choice di MLNG housing.  Cuma kat situ aku confident beli ayam segar.  Ini  kerana ayam di situ di sembelih kat kedai tersebut oleh Pak Haji yang aku kenal.  Aku memang tak akan membeli ayam yang dilonggok kat supermarket walaupun harganya agak murah.  Tak confident langsung dengan kebersihan dan ke ‘halalan’ ayam tersebut.

Sayur mayur pulak aku akan ke tepi jalan di Kidurong housing dimana penjual bumiputera  menjual hasil kebun dan sayur tempatan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Barang-barang keperluan dapur di sini masih dikategorikan mahal berbanding Miri.  Kalau kat Miri sayur agak murah namun di sini sayur dan buah-buahan masih lagi amat mahal.

Jadi jika anda bukan berasal dari Miri atau Bintulu, anda akan terkejut dengan harga makanan di sini.  Tanyalah orang yang telah lama menetap di sini di mana mereka mendapatkan barangan dapur mereka.  Sekali lagi jangan risau tentang bahasa sebab orang Sarawak boleh berbahasa banyak bahasa yang mudah.  paling susah pun anda boleh guna bahasa isyarat kat sini…salam sejahtera.