Bila membaca tentang ikan pemalu di harian kosmo pagi tadi aku teringin pulak nak makan ikan ni.  Ikan pemalu atau nama lainnya ikan kerapu adalah antara ikan kegemaran kaum Cina.

Seingat aku, aku cuma mula makan ikan ini setelah menetap di Bintulu.  Dulu aku tak suka makan ikan ni kerana menurut ibuku ikan ni tak sesuai untuk orang yang ada masalah alergi kulit.

Rupanya yang buruk dan muka ikan yang nampak garang ni langsung tak menarik minat aku untuk membelinya.  Namun setelah lama menetap di sini dan terlalu sering ternampak ikan tersebut dijual dengan harga yang agak murah aku pun mulalah mencuba resepi ikan ini dalam menu harian keluarga. 

Pun aku cuma kadang-kadang je membeli ikan ini sebab semua anak ku mempunyai masalah alergi kulit.

Bila terbaca pulak tentang ikan pemalu gergasi dalam harian kosmo pagi tadi aku rasa nak carilah lepas ni.