hanya gambar hiasan

cuma gambar hiasan

Ada seorang  perpustakawan  di Bintulu ni yang menjadi perhatian aku. Umurnya masih dalam lingkungan 20 an dan baru beberapa tahun bekerja kat situ.

Kacak pun ya. Yang pasti,  semua orang yang pergi ke perpustakaan tu akan cepat mengenalinya walaupun dia berada di tempat lain seperti shopping mall atau retaurant.

Songkok!  Tabiat memakai songkok tinggi yang tak pernah lepas dari kepalanya tu dah seperti satu cop mohor ‘budak library‘   tu.  Cuma dia sorang je aku rasa kat seluruh Bintulu yang pakai songkok tinggi tu setiap masa.

Tak tahulah di rumah dan toilet.  Tapi setiap kali terjumpa dengan dia kat luar mesti dah kenal dari jauh bila ternampak songkok hitam tinggi tu.

Yang aku tahu orang lelaki ni bersongkok bila nak solat atau ke majlis perkahwinan ke atau pada hari Jumaat.  Jika hari lain mesti orang ingat dia nak pergi berziarah ke rumah orang meninggal.  Pak aji yang baru balik dari Mekah tak pakai songkok tapi kopiah.  Tak tahulah kat tempat lain tapi ‘budak library’ ni dah mencipta jenama fesyen dia sendiri.

Agaknya orang akan hairan jika suatu hari dia terlupa atau terhilang songkok ajaib dia tu.