H1N1 sudah cukup menakutkan manusia apalagi bakteria ‘superbug‘ yang dikatakan kebal terhadap  antibiotik ni.  Mula dikesan pada tahun2008 di India, Pakistan dan UK, Kementerian kesihatan memberitahu kes yang melibatkan bakteria ‘superbug‘ belum dikesan di negara kita.

Namun bagiku, jika negara-negara di atas telah pun di kesan, tidak mustahil ianya telah menular ke negara ini sejak tahun 2008 memandangkan ramainya warganegara tersebut di sini.  Malah rakyat negara kita yang melancong dan keluar masuk ke negara tersebut merupakan antara agen penghijrahan bakteria tersebut.

Peperangan manusia dengan penyakit makin bertambah sengit.  Kita kini terpaksa membiasakan diri dengan kehadiran perbagai penyakit yang membunuh dan sukar di rawat.

Nampaknya kita tidak lagi bebas membawa anak-anak ke tempat awam tanpa merasa takut terhadap perbagai penyakit berjangkit yang membunuh ini.  Aku sudah lama tak berkunjung ke kolam renang dan anak-anak ku hingga kini belum belajar berenang dek kerana ketakutan ku terhadap H1N1 dan kini ‘superbug’ dikatakan lebih kebal terhadap segala antibiotik mungkin akan memusnahkan impian anak-anak yang ingin sangat belajar berenang.

M’sia ambil langkah kesan bakteria ‘superbug’ – Malaysiakini.

Advertisements