Banyak betul cerita tentang hantu minggu ni.  Kali ni pejabat MAIWP telah dirompak oleh hantu-hantu yang bukan sahaja melesapkan wang  malah membawa lari   perkakasan pejabat.

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa ‘mengesahkan’ wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Antara perkakasan pejabat yang ghaib ialah  aset mudah alih bernilai RM 136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin.

Yang menariknya hantu-hantu moden ni, ialah mereka  juga  telah berbelanja sakan tanpa disedari bila membeli barangan bernilai  hampir RM80,000, menghilangkan aset bernilai RM45,789 malah membuat perjalanan jauh dengan pembelian minyak yang melebihi kapasiti tangki.  Agaknya kenderaan yang digunakan oleh hantu-hantu ni terlalu mahal maklumlah kereta ghaib perlukan kuasa tambahan.

Nasib baiklah Jabatan audit negara kita ni ada ilmu boleh nampak semua kehilangan tu.  Namun hantu-hantu tu masih lagi ghaib hingga kini. Nampaknya kat jabatan agama begitu banyak hantu bersembunyi dan menunggu masa nak ghaibkan wang zakat.

Hantu-hantu ni tentulah tak boleh di kesan sebab mereka belajar hingga ke Mesir dan pastilah jampi dan doa mereka berkesan untuk meng ghaibkan wang zakat umat Islam.   Saya ingin sangat tahu,  boleh guna ke semua barang manusia di dunia hantu tu?   Kat dunia hantu tu tak ada ke semua keperluan mereka hingga perlu rompak harta manusia?……

 

Saya petik dari berita di bawah:

Dr Asri: ‘Hantu’ mana curi wang zakat kita? – Malaysiakini.

Advertisements