aku rasa dalam tempoh 3 minggu ni aktiviti blogging aku terganggu disebabkan oleh masalah  tak dapat access.  Nak buka blog punyalah  lama hingga kan aku hilang mood nak bukak computer.  Mentang-mentang lah aku pakai package yang termurah  yang ditawarkan maka service pun murah jugak.

Sebagai pengguna aku betul-betul tidap puas hati dengan service sebegini.  Pengguna yang inginkan service murah sebenarnya mendapat layanan yang teruk.  Dengan bayaran RM68.00  sebenarnya kita boleh kira berapa lama kita tersekat dalam traffic jam internet.

Namun kita tak banyak pilihan kerana semua rangkaian telekomunikasi kat Malaysia ni lebih kurang sama je service nya.  Buat masa ni aku belum berminat nak pindah ke rangkaian lain sebab ianya melibatkan kos permulaan yang aku belum pasti service yang ditawarkan.  Lagipun broadband yang aku dah beli dulu akan menjadi barang antik jika aku beralih ke perkhidmatan lain.

Adakah anda mempunyai solusi yang lebih baik untuk masalah orang yang inginkan kos murah melayari internet seperti aku?