Kaji selidik yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sains Australia baru-baru ini menunjukkan, kadar pelajar di Singapura yang memakai kacamata mencatat angka 90%. Manakala, kadar itu di Australia hanya kira-kira 20%.

Kaji selidik itu juga menunjukkan, 30% kanak-kanak di Singapura yang berumur 6 hingga 7 tahun telah mengalami masalah tersebut, manakala, kadar itu di Australia hanya mencatat angka 1.3%.

Menurut ketua penyelidik dari institusi tersebut, Ian Morgan, secara puratanya, kanak-kanak Singapura hanya menghabiskan masa kira-kira 30 minit sehari di ruang terbuka, sedangkan kanak-kanak Australia berada di luar rumah 2 jam sehari.

Memandangkan hakikat tersebut, ibu bapa dicadangkan supaya membiarkan anak-anak terdedah kepada sinar matahari dua hingga tiga jam sehari, kerana tindakan ini akan mengurangkan risiko mereka terganggu oleh masalah penglihatan.