Terasa membazir membayar untuk sesuatu yang tak dapat digunakan.  Inilah yang berlaku denganku ketika ini.  Sejak beberapa minggu ini susah betul nak online  di rumah.  Kalau dapat  pun terpaksa tunggu begitu lama dan akan terputus ketika kita penat menunggu.  Kalau nak, aku terpaksa ke library dan terpaksa pulak bayar RM1.00 sejam hanya nak guna plug.

Di tambah pulak anakku tengah begitu sibuk ketika ini.  Lepas ujian akhir bersambung pulak ujian khas untuk tahun 5.  Baru terasa lega kerana semuanya sudah selesai walaupun keputusan ujian tidak memuaskan.  Biasalah janji demi janji mereka akan taburkan untuk tahun depan.

Si bongsu pulak sibuk dengan agendanya sendiri selepas ujian.  Jadi model untuk butik ibu kawannya malam ni.  Dan esok rasanya hari terakhir kami sibuk kerana majlis khatamul Al-Quran sekolah anak ku.  Malam ni aku akan sibuk menyediakan nasi pulut kuning dan telur rebus untuk majlis tersebut.  Pun sempat jugak menemankan mereka lepak kat library ni sebagai melepas penat belajar.