Aku amat tertarik dengan  hasil kaji selidik Pusat Penyelidikan Industri Pemprosesan Daging Jepun  ni.  Hasil kajian mereka mendapati sup ayam dapat membantu menurunkan tekanan darah bagi pesakit yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi.

Ahli penyelidik dari pusat tersebut mendapati bahawa antara bahan yang terdapat dalam daging ayam termasuklah collagen yang berfungsi seperti ACE, sejenis ubat yang boleh menurunkan tekanan darah.

Mereka telah memberi tikus yang bertekanan darah tinggi makan collagen tersebut, dan mendapati tekanan darah tikus itu menurun dengan ketara.  Harap-harap hasil kajian ini sudah di uji dengan manusia pulak sebab kita bukannya tikus dan yang baik untuk tikus tak semestinya baik untuk manusia.

Tapi apa yang aku tahu sup ayam yang diletak banyak bawang putih dan halia amat baik untuk merawat selsema.