Wah! ini berita baik untuk peminat masakan berasaskan kari.

Menurut kajian Universiti Duke AS baru-baru ini amalan makan makanan berasaskan kari sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer dan amnesia(penyakit mudah lupa).

Kajian itu mendapati bahan “curcumin” yang ditemui dalam kari bukan sahaja dapat menguraikan protein Amyloid  malah dapat menghalang terbentuknya protein jenis ini. Sementara itu, banyak kajian yang dijalankan sebelum ini juga telah membuktikan bahawa protein Amyloid inilah menjadi punca utama penyakit Alzheimer.

Menurut data statistik yang berkenaan, India merupakan negara yang dikesan kes penyakit Alzheimer paling sedikit di dunia, kerana kari telah banyak digunakan dalam masakan masyarakat itu.