JAKARTA: Selepas sekian lama cuba memulihkan hubungan dengan anaknya, ibu Qory Sandioriva, Fariawati, kini enggan lagi mempedulikan keadaan Ratu Cantik Indonesia 2009 itu.

Malah, kata Fariawati, dia juga tidak tahu di mana Qory berada ketika ini.

“Saya belum mendengar sebarang berita daripada Qory atau tahu di mana dia menetap kini,” katanya kepada media, semalam.

Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap Qory, Fariawati kini menganggap anaknya itu ‘hilang ditelan bumi’.

“Dia bukan anak saya lagi,” katanya.

Hubungan Fariawati dengan Qory mula retak selepas peserta ratu cantik itu enggan berkomunikasi dengannya sejak menyertai pertandingan berkenaan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Fariawati turut mendakwa Qory terbabit dalam ajaran sesat sejak pulang dari AS.

Kata Fariawati, Qory jelas lupa diri dan sombong sejak menjadi popular.

“Saya kini pasrah dan apa yang berlaku adalah pilihan Qory,” katanya.

Advertisements