Tertarik dengan berita di tv Indonesia mengenai penggunaan  berleluasa kimia Fomilin dalam mengawetkan ikan, ayam dan daging, aku ingin berkongsi tajuk ringkas dan bermanfaat ini. Pengusaha ikan dan ayam akan merendamkan ayam dan ikan mereka dengan larutan fomilin bagi memastikannya terus nampak segar dan bertahan lebih lama.

Idea bijak dan merbahaya penjual ini juga rasanya berlaku di Malaysia.

Fomilin adalah sejenis bahan kimia yang biasanya disuntik  ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama.  Namun bahan kimia ini amat merbahaya kepada kesihatan kita dan boleh menyebabkan kanser.

Jadi bagaimana kita tahu ikan atau ayam yang kita hendak beli itu telah di rendam dalam larutan fomilin?  Menurut berita tv Indonesia tersebut, ayam dan ikan yang mengandungi fomilin akan kelihatan melekit dan  berlendir.

Ada satu cara lagi untuk mengetahuinya kerana  ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin… Lalat lebih tahu…….