Di bawah adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil bila anda atau orang terdekat anda keracunan makanan.

  1. Berhenti makan apa jua jenis makanan pejal.  Minumlah banyak air dan telan tablet arang dengan segera.  Seeloknya minum minuman yang mengandungi kultur hidup Laktobasilus asidofilus atau ekstrak buah anggur jika ada.

  2. Campuran  jus lobak, bit dan bawang putih juga boleh membantu meredakan perut anda selain ianya dapat  melancarkan proses penyingkiran bakteria atau virus.

  3. Larutkan satu sudu teh garam dan 4 sudu teh gula dalam secawan air dan minum bagi menggantikan elektrolit yang telah hilang akibat cirit-birit atau muntah.

  4. Bagi  orang yang suka makan di tempat awam yang tidak terjamin kebersihannya, anda dinasihatkan mengambil lebih makanan pedas dan berempah bagi menggalakkan rembesan gastrik.

  5. Elakkan meminum air yang di jual di tepi jalan terutama yang bercampur ais kecuali  air minuman botol dan tin kerana anda tidak tahu tahap kebersihan ais yang digunakan.

  6. Ada juga mereka yang meminum teh pekat tanpa gula bagi meredakan  cirit-birit.

  7. Akhirnya pergilah ke hospital dengan kadar yang segera untuk mendapat rawatan.

Setelah simptom reda sedikit, makanan jenis serat tinggi seperti bijirin boleh dimakan perlahan-lahan untuk melegakan keadaan dalam perut