Sebuah pesawat US Airways yang dalam perjalanan ke Phoenix dari NY terpaksa mendarat cemas di Pitssburg gara-gara  seorang penumpang dan kru cedera  akibat gigitan seekor anjing di dalam kabin pada 6.12.2010 lepas.

Jurucakap US Airways Valerie Wunder mengatakan, seekor anjing yang dibawa ke dalam kabin pesawat berkenaan tidak dimasukkan ke dalam kandang anjing seperti prosedur biasanya.  Akibatnya anjing tersebut telah melompat keluar kandang dan menggigit penumpang. Seorang kru yang cuba menolong turut cedera akibat gigitan anjing tersebut.

Akhirnya juruterbang pesawat tersebut telah mengambil keputusan untuk membuat pendaratan kecemasan di Pitssburg.

Namun, jurucakap itu tidak menjelaskan samada  pemilik anjing yang namanya dirahasiakan itu akan  disaman  atau tidak.