Cadangan Indonesia tentang peraturan baru bagi kepentingan pembantu rumah dari negara tersebut memang best.

Kita tengok kebaikannya dari pihak kita pulak.  Bila amah bekerja ikut jam, itu dah bagus, gaji pun kenalah berbaloi dengan masa mereka di rumah majikan.  Dah tu, majikan tak payah susah-susah nak sediakan bilik untuk mereka selain keperluan asas lain seperti makanan, barangan keperluan harian dan sebagainya.

Bab insuran kesihatan tentulah dah tak timbul lagi kerana semua ini akan ditanggung oleh pihak agen dari kerajaan mereka.  Tuan rumah pun tak perlu risau bila amah lari dan hendak balik bercuti kerana semua masalah ini dah tak terbeban di bahu mereka lagi.

Selain dari itu, kaum ibu pun boleh tidur nyenyak di malam hari tanpa perlu risau si suami mengigau berjalan ke bilik amah.

Cuma yang perlu anda risau ialah tentang keselamatan barang-barang di rumah takut habis di bawa balik ke asrama mereka untuk kegunaan di sana pulak.  Kena pulak beli insuran harta benda.

Kerajaan kita pulak kenalah sentiasa memantau kegiatan pembantu rumah di luar masa bekerja, takut timbul pulak masalah lain seperti kerja ‘part time’ kat pusat hiburan atau buat business lain semasa tak bekerja.  Maklumlah mereka bekerja sehingga jam 4.00 petang, tentu banyak benda nak di buat di malam hari.

Berita Harian Online | Amah kerja ikut waktu tertentu, tinggal asing.