Seingat aku, aku tak pernah teruja nak mengundi.  Bagi aku selagi negara aman dan kebajikan rakyat terjamin aku tak kisah jika pemerintah yang sama memerintah setiap  kali pilihanraya di adakan.

Entah kenapa kini aku tak sabar menunggu PM mengumumkan tarikh melihat anak bulan pilihanraya.  Tangan aku dah terlalu gatal nak mengundi.  Aku nak jadi orang pertama ke pusat mengundi kali ini.  Bolehlah tengok muka kat suratkhabar tempatan dan kalau bertuah boleh nampak kat kaca tv pada sebelah malamnya pula.

Agak-agaknya ibu-ibu lain seperti aku ke?  Pilihanraya kali ni tentu meriah, penuh debaran,penuh sensasi dan yang paling penting penuh janji manis  gula (walaupun harga gula naik ….tentu calon-calon pilihanraya dah tempah dan simpan banyak gula untuk tujuan pilihanraya).

Aku nak tunggu janji mana yang paling memberi keuntungan kepada aku sebagai seorang surirumah…agaknya  ada tak yang nak berjanji nak beri elaun jadi surirumah tangga.  Kalau ada aku akan pilih dia dan berkempen berhabis-habisan agar calon tersebut boleh menang.  Sure menang punya, sebab kat kawasan aku dan kat kampung-kampung ramai suri rumah sepenuh masa.

Yang nak berjanji nak turunkan harga petrol pun aku tunggu,  Apa lagi jika ada calon yang berjanji nak beri percuma duit ihsan kepada kami warga Sarawak.  Aku tak kira dia dari parti mana, janji dia pandai buat janji( tunai tak tunai lain kira).

Opppp……S    T   O   P  .   .    ………

Malas nak komen panjang-panjang sebab blog ni bukan untuk tujuan politik, tapi hati sakit……dan ubatnya hanyalah pilihanraya yang belum  kunjung tiba….

*****buat PM cepatkan tarikh melihat anak bulan pilihanraya tu…..

Advertisements