Kicap Cap Kipas Udang tiruan(dipetik dari HM)


GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.


Ini antara jenama popular di negara kita.

Agaknya itulah sebabnya kicap tersebut menjadi mangsa tiruan untuk mengaut keuntungan secara cepat dan mudah.  Ini tentunya akan memberi impak kepada pengeluar asli jenama tersebut.

Selain dari itu pengguna juga akan lari ke jenama lain kerana  curiga dengan jenama tersebut walaupun ianya adalah jenama asli.

Mereka yang sengaja meniru jenama ini memang berniat jahat hendak menjatuhkan perniagaan orang lain, bukan sahaja untuk mengaut keuntungan tetapi untuk memusnahkan periuk nasi orang lain.

Kalau macam ni kita kena berhati-hati dengan barang keperluan harian kita terutamanya yang melibatkan makanan dan ubat.  Takut pulak mereka yang meniru tu suka memasukkan bahan yang haram dan memudaratkan kesihatan.