Kewujudan sebuah ‘pokok’ Krismas yang  menggunakan susunan tin minuman keras atau bir yang berwarna hijau pada pertandingan pokok Krismas  telah menimbulkan kemarahan penganut Kristian   di bahagian Sibu Sarawak.

Susunan pokok Krismas itu dianggap  memperlekehkan kesucian    agama Kristian dan ia boleh     menimbulkan isu yang sensitif  kepada masyarakat dan penganut Kristian.

Sebanyak 11 NGO serta sebuah pusat tuisyen di Sibu  menyertai pertandingan pokok Krismas itu yang di-adakan dari 12 hingga 31 Disember ini dan pokok yang bertanding dipamerkan di  Dataran Bandar Sibu Fasa I untuk tontonan ramai sepanjang tempoh tersebut.

di petik dari:

 

‘Pokok’ Krismas cetus kemarahan.

Advertisements