Inilah akibatnya bila tugas yang diamanahkan di salahgunakan.  Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Sesyen ini dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 bila di dapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.

Hukuman empat dari tujuh pertuduhan akan dijalankan secara  serentak dan ini bermakna bekas hakim tersebut hanya akan dipenjarakan 10 tahun.

Namun jika gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan bakal menanti bekas hakim tersebut.

Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.

Advertisements